icon-search
icon-search

Fenomena selipar getah ‘cap gajah’ kembali hangatkan gaya streetwear. Gripp nak bagi 3500 pasang selipar percuma

Fenomena selipar getah ‘cap gajah’ kembali hangatkan gaya streetwear. Gripp nak bagi 3500 pasang selipar percuma

Pengasas jenama selipar getah yang popular di Malaysia iaitu Jack Lim, kini melebarkan sayap perniagaan selipar getah beliau dengan memperkenalkan jenama baharu iaitu Gripp.

Mensasarkan pelanggan berbeza, Gripp mengetengahkan konsep baru penggayaan selipar yang berkonsepkan streetwear dan sesuai digayakan dengan semua jenis pakaian. Malah jelas Jack Lim, Gripp mengambil konsep dan reka bentu berbeza dengan padanan warna yang lebih menarik.

Kemunculan Gripp juga merupakan inisiatifnya bagi mengembalikan zaman kegemilangan selipar getah yang pernah viral suatu ketika dulu dengen gelaran “Selipar cap gajah” atau lebih dikenali dengan jenama Fipper.

Jack Lim yang mempunyai pengalaman dalam inovasi selipar getah selama lebih 15 tahun berpendapat, imej baru selipar getah ini bakal menjadi fenomena baru selepas tiada lagi jenama lain yang berjaya mendapat tempat dan bualan hangat golongan muda masa kini.

Melalui jenama selipar “Cap gajah”, Jack Lim telah berjaya melahirkan ramai usahawan sekaligus meluaskan lagi pasaran selipar ke seluruh Malaysia juga di luar negara. Oleh itu, beliau mahu meneruskan lagi legasi ini supaya dapat berkongsi rezeki dan memberi lebih banyak manfaat kepada semua orang.

Sebagai permulaan hanya satu jenis selipar diperkenalkan iaitu The Original Series dan dijual pada harga berpatutan bermula RM15.90. Sempena pelancaran, Gripp memberikan selipar percuma sebanyak 3,500 pasang selipar bermula dari 30 Disember 2023 hingga 5 Januari 2024. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan selipar percuma, boleh layari laman sesawang rasmi Gripp di www.grippsandal.com, juga mengikuti laman sosial Gripp; Facebook, Instagram dan TikTok rasmi iaitu @grippsandal.



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping